top of page

Scrub atau lulur digunakan untuk meluruhkan sel-sel mati yang menyebabkan kulit kelihatan kering dan kusam. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembinaan sel-sel kulit baru.

 

Scrub / lulur membuang kotoran yang menyumbat pori-pori agar kulit boleh bernafas dan menyerap nutrisi dari produk kecantikan lain seperti losyen pelembap atau krim.

 

Penggunaan scrub / lulur dalam jangka masa panjang membuat kulit sentiasa halus. Scrub / lulur biasanya dibuat daripada beras yang dicampur bahan semulajadi dan herba-herba seperti bengkuang, melati, teh hijau atau kopi.

 

Scrub / lulur untuk wajah mengandung butiran yang lebih halus berbanding untuk tubuh kerana kulit wajah lebih nipis & sensitif.

Contoh Produk:

1. Lulur Muka Anggur Plus

2. Lulur Badan Habbatus Sauda

3. Lulur Wajah Aloe Vera

4. Lulur Badan Kopi Plus

5. Lulur Muka Teh Hijau

Untuk senarai jenis & bentuk produk dengan lebih tepat, sila rujuk bahagian Promosi.

Ada Idea Untuk Produk Sendiri??

Kami boleh menyediakan hampir semua jenis Scrub / Lulur berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Perhatian:

1. Sebarang produk yang mempunyai tuntutan perubatan perlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.

3. Produk makanan & minuman adalah dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Ia dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk kategori makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan.

Scrub / Lulur

RM50.00Price
Quantity

    HIJAU HERBS MARKETING

    ©2023 by HIJAU HERBS MARKETING. Proudly created with Wix.com

    bottom of page