top of page

Makanan Kesihatan adalah persediaan diet yang membekalkan nutrien seperti vitamin, garam galian, mineral, serat, asid amino dan sebagainya.

 

Sesetengah Makanan Kesihatan juga dikenali sebagai supplement (makanan tambahan).

 

Supplement boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti kapsul, tablet, pil, cecair atau serbuk.

 

Berbanding supplement yang lebih kompleks, Makanan Kesihatan dikhususkan untuk bahan yang lebih asas & mudah.

 

Pengambilan Makanan Kesihatan perlu untuk melengkapi kekurangan nutrien dalam pemakanan atau dalam badan seseorang.

Contoh Produk:

1. Makanan berasaskan oat

2. Makanan berasaskan bijirin

3. Makanan berasaskan kekacang

4. Makanan berasaskan spirulina

Untuk senarai jenis & bentuk produk dengan lebih tepat, sila rujuk bahagian Promosi.

Ada Idea Untuk Produk Sendiri??

Kami boleh menyediakan hampir semua jenis Makanan Kesihatan berasaskan herba mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Perhatian:

1. Sebarang produk yang mempunyai tuntutan perubatan perlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.

3. Produk makanan & minuman adalah dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Ia dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk kategori makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan.

Makanan Kesihatan

RM50.00Price
Quantity

    HIJAU HERBS MARKETING

    ©2023 by HIJAU HERBS MARKETING. Proudly created with Wix.com

    bottom of page